BM | EN | 中文

138 mangsa banjir di Segamat setakat jam 10 pagi

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Seramai 138 mangsa daripada 33 keluarga di daerah Segamat masih ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) setakat jam 10 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, seramai 80 mangsa ditempatkan di Balairaya Kampung Batu Badak dan 58 orang mangsa ditempatkan di Dewan Kampung Tandong, Buloh Kasap.

“Setakat ini, kawasan yang terjejas adalah di Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Tandong,” katanya daam satu kenyataan di sini.

Advertisement

Tambahnya, pemantauan berterusan akan dilakukan oleh agensi-agensi terlibat dari semasa ke semasa meskipun keadaan cuaca yang cerah, hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan agensi yang terlibat termasuklah Pejabat Daerah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Rela.

“Lain-lain aensi yang terlibat termasuklah pihak Ranhill SAJ, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Penghulu Mukim, Jabatan Kerjaraya (JKR) dan lain-lain lagi,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top