BM | EN | 中文

133 murid sekolah terima bantuan cermin Yayasan Sultan Ibrahim Johor

133-murid-sekolah-terima-bantuan-cermin-Yayasan-Sultan-Ibrahim-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MAC: Seramai 133 murid sekolah rendah dari daerah Johor Bahru menjadi penerima awal bantuan cermin mata dari Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Bantuan cermin mata dengan kerjasama Season Optical itu diberikan kepada murid sekolah yang mengalami masalah penglihatan dari kategori keluarga B40 dari seluruh daerah di Johor.

“Fasa pertama ini, melibatkan jumlah penerima seramai 133 orang, di mana pemeriksaan mata akan dijalankan pada hari ini dan esok.

Advertisement

“Bingkai cermin mata yang diberikan kepada penerima bantuan juga cukup berkualiti,” kata Ketua Pegawai Operasi Season Optical, Daniel Lor, menerusi kenyataan dikeluarkan laman facebook Sultan Ibrahim hari ini.

Daniel menambah, penyampaian bantuan cermin mata akan dilakukan secara berperingkat di seluruh daerah, dengan mengambil masa tempoh setahun.

Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah, YSIJ bersama Season Optical menjalinkan kerjasama dalam menghulurkan bantuan cermin mata bernilai RM500,000 kepada 2,500 murid sekolah merangkumi pelbagai bangsa dan agama dari seluruh Johor.

Advertisement

Pagi tadi, sejumlah murid menjalani pemeriksaan mata yang dijalankan oleh Season Optical bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Turut meluangkan masa melihat pemeriksaan mata yang dijalankan oleh Season Optical ialah ahli lembaga pemegang amanah YSIJ, Datuk Avinderjit Singh dan Timbalan Pengarah Pendidikan Johor (Sektor Pembangunan Murid)

Hadir sama Omar Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili dan Ketua Pegawai Eksekutif Season Optical, Calvin Chung.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top