BM | EN | 中文

132 menara telekomunikasi akan dibina di Johor

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Sebanyak 132 buah menara komunikasi baharu kini dalam proses pembinaan khususnya di kawasan luar bandar di seluruh negeri ini di bawah Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Ketua Bahagian Infrastruktur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bukhari Yahya berkata, penyediaan menara komunikasi baharu itu membabitkan kesemua 10 daerah di Johor.

Katanya, dalam pelaksanaan di bawah Fasa 1 Pelan Jendela, sebanyak 101 menara komunikasi telah siap dibina sehingga Jun tahun lalu.

Advertisement

“Bagi perluasan liputan jalur lebar mudah alih di Johor, Fasa 1 Pelan Jendela yang bermula tahun lalu menyasarkan membina sebanyak 233 buah menara telekomunikasi. Daripada jumlah itu, 101 daripadanya telah siap dibina sehingga Jun lalu manakala selebihnya dalam proses pelaksanaan.

“Selain itu, sejumlah 3,409 alat pemancar sedia ada akan dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G dengan 2,877 daripadanya telah pun selesai dinaik taraf sehingga Jun lalu,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Penerangan Liputan Internet dan Telekomunikasi Negeri Johor di Auditorium RTM, di sini semalam.

Advertisement

Turut hadir Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top