BM | EN | 中文

13 wanita pelbagai kerakyatan antara ditahan terlibat pelacuran di Johor Bahru

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUL: Polis membanteras aktiviti pelacuran di sekitar bandar raya ini, dengan penahanan 13 wanita pelbagai kerakyatan dan seorang lelaki rakyat Myanmar, menerusi serbuan di dua hotel dan sebuah kondominium.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua wanita yang dipercayai pelacur itu melibatkan enam rakyat Vietnam, empat rakyat Thailand, dua rakyat Filipina serta seorang rakyat Indonesia.

“Menerusi kesemua serbuan terbabit juga, polis merampas 38 kondom, 10 telefon bimbit, 11 tuala, 10 botol minyak pelincir, serta wang tunai RM6,090,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Ayob Khan menerusi kenyataan, semalam berkata, kesemua mereka kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, serta Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya turut menahan 16 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita rakyat Indonesia, dalam 18 serbuan di beberapa daerah di negeri ini, kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian, semalam.

Kesemua mereka yang ditahan, berumur antara 20 hingga 39 tahun.

Advertisement

Menurut Ayob Khan, serbuan berkenaan turut merampas 18 telefon bimbit, enam mesin pencetak, 43 helai kertas catitan, serta wang tunai RM2,201.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) dan Seksyen 4 (a), Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top