BM | EN | 中文

13 sungai pada paras bahaya termasuk satu di Johor

sungai-tebrau-johor.jpeg

Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Sejumlah 23 sungai berada pada paras bahaya dan amaran, setakat pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata daripada jumlah itu sebanyak 13 sungai berada pada paras bahaya iaitu sembilan di Pahang, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Selangor serta Johor.

“Sebanyak 10 sungai berada pada paras amaran, iaitu masing-masing dua di Pahang, Kelantan, Melaka dan Sarawak. Masing-masing satu di Selangor dan Johor.

“Ini berdasarkan laporan diterima daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 2.30 pagi tadi,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan banjir di Taman Sri Muda, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 137 jalan di empat negeri masih ditutup iaitu 120 jalan di Pahang; Selangor (12); Kelantan (3) dan Negeri Sembilan (2).

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top