BM | EN | 中文

13 positif dalam kluster baru ‘Rumah Warga Emas Kluang’ – KKM

covid-19-testing-ujian-makmal-saringan.jpg

Gambar Ehsan i.insider.com

Advertisement

KLUANG, 20 JUL: Satu kluster baru penularan Covid-19 dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor melibatkan sejumlah 13 orang.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, ia melonjakkan jumlah jangkitan harian di negara ini ke tahap tertinggi dalam tempoh 30 hari.

Kali terakhir Malaysia mencatat angka yang sama atau paling tinggi adalah pada 20 Jun.

Advertisement

Daripada 13 kes di rumah warga emas tersebut, 12 daripadanya melibatkan rakyat Malaysia dan seorang bukan warganegara.

Terdahulu, KKM dalam kenyataan memberitahu negara hari ini mencatatkan 21 kes baru, dengan 13 daripadanya adalah berasal dari kluster rumah warga emas di Kluang itu.

Dr Noor Hisham berkata, kluster baru tersebut dikesan setelah seorang lelaki berusia 72 tahun yang telah meninggal dunia dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom pada 17 Julai lalu dan dilaporkan sebagai kematian Covid-19 yang ke-123 semalam.

Advertisement

Berikutan kejadian itu, pengesanan kes aktif dimulakan dengan 39 orang diperiksa. 14 daripada mereka kemudiannya disahkan positif untuk Covid-19 (termasuk kematian semalam), 18 negatif dan tujuh lagi sedang menunggu keputusan mereka.

Kata Dr Noor Hisham, daripada 14 daripada mereka yang didapati positif itu, 11 adalah warga emas, seorang pekerja pusat itu dan seorang ahli keluarga

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top