BM | EN | 中文

13 mangsa terselamat rumah terbakar di Kampung Sungai Buloh Senggarang

IMG-20191225-WA0036.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 25 DIS : Seramai 13 mangsa terselamat selepas sebuah rumah di Kampung Sungai Buloh Senggarang, di sini, terbakar 90 peratus dalam kejadian awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Rengit, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan EMRS dari BBP Rengit, turut dibantu enam anggota serta sebuah jentera dari balai bantuan BBP Batu Pahat dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 30 X 50 kaki. Kesan kebakaran telah memusnahkan 90 peratus daripada rumah tersebut.

“Kejadian itu juga menyebabkan sebuah motorsikal berjenama Yamaha 150 terbakar 20 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 300 kaki 1 breeching 2 nozel air dari pam jentera,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, ketika kejadian terdapat 13 orang daripada dua keluarga tinggal di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, kesemua berjaya menyelamatkan diri dan tiada mangsa mengalami kemalangan jiwa.

“Punca dan anggaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 7.17 pagi,”katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top