BM | EN | 中文

JCorp lancar pembiayaan Dana Niaga bantu usahawan tempatan

IMG-20200229-WA0012.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 FEB: Johor Corporation (JCorp) melancarkan ‘Dana Niaga’, sebuah perkhidmatan kredit komuniti melalui pembiayaan dengan jumlah bermula dari RM3,000 sehingga RM20,000.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, JCorp memaklumkan dana tersebut ditawarkan kepada usahawan yang ingin mendapatkan modal tambahan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Program ‘Dana Niaga’ itu terbuka kepada mereka yang telah menjalankan perniagaan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun.

Advertisement

Antara pembiayaan tersebut adalah Pembiayaan Qardhul Hassan (Pembiayaan tanpa faedah) bermula dengan RM3,000 dan kemudiannya berperingkat kepada RM5,000 serta RM7,000.

Pemohon juga perlulah tidak bankrap dan menjalankan perniagaan yang mematuhi undang-undang sivil dan Syariah Islam.

Manakala pembiayaan kedua ialah ‘Pembiayaan Murabahah Tawarruq (Pembiayaan dengan keuntungan 4% – 6%) iaitu pembiayaan berjumlah diantara RM10,000 hingga RM20,000.

Advertisement

Pemohon yang layak perlu sekurang-kurangnya menjalankan perniagaan melebihi tiga tahun, mempunyai penyata bank syarikat dan mempunyai penyata kewangan syarikat yang lengkap.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi JCorp melalui aplikasi Whatsapp https://wa.me/60197522691 atau melayari laman di pautan www.wancorp.com.my bagi maklumat lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top