JOHOR BAHRU, 20 DIS: Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 1,229 mangsa banjir masih ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, 23 PPS yang dibuka itu membabitkan lima daerah.
Katanya, lima daerah itu adalah Segamat, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.
“1,229 mangsa daripada 303 buah keluarga masih ditempatkan di PPS akibat banjir setakat jam 8 pagi, hari ini.
“Sementara itu, beberapa laluan masih terputus hubungan iaitu Jalan Putting, Jalan Tumang dan Jalan Raya Balai Badang di Segamat serta Jalan Telok Arang dan Jalan Tanah Abang di Mersing,” katanya.
Sementara itu, Chen Choon turut memberitahu sebanyak 85 PPS telah ditutup ekoran keadaan mengizinkan.
JohorKini