BM | EN | 中文

1,228 kini dikuarantin di 14 stesen kuarantin di Johor

Johor-Darul-Tazim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 NOV: Seramai 1,228 individu ditempatkan di 14 stesen kuarantin di seluruh Johor sehingga 12 November, menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan.

Beliau berkata, mereka kini ditempatkan di empat Institut Latihan Awam (ILA) dan 10 hotel.

“Perkembangan dan laporan harian stesen kuarantin berkenaan akan dilakukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Katanya, sehingga 12 Nov jumlah kluster aktif di negeri ini kekal empat iaitu Kluster Meldrum yang menyumbang tujuh kes, Kluster Bayu (lapan kes), Kluster Kempas (55 kes) dan Kluster Padang (16 kes).

Beliau memberitahu, tiada pertambahan kes bagi kluster Meldrum, Kluster Bayu dan Kluster Kempas.

Menurutnya, bagi kluster baharu yang dilaporkan iaitu Kluster Padang, kumulatif kes positif sehingga kelmarin melibatkan 16 kes.

Advertisement

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Pengesanan dan saringan kontak masih giat dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah terlibat,” katanya.

Vidyananthan berkata, terdapat lapan kes baharu dilaporkan semalam iaitu tiga kes dilaporkan daripada kluster sedia ada, empat kes hasil saringan kontak rapat dan satu kes lagi dikesan hasil saringan SARI.

Jelasnya, ini menjadikan kumulatif kes koronavirus (Covid-19) yang dilaporkan setakat ini berjumlah 967 kes dengan 21 kematian.

Advertisement

“Sebanyak 892 kes telah pulih iaitu 92.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dengan 54 kes yang aktif dan telah pun diasingkan dan diberi rawatan di hospital,” katanya.

Mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru, beliau berkata, seramai 1,291 penghuninya sudah disaring setakat ini.

Selain itu katanya, seramai 512 anggota dan keluarga di luar ILKKM tersebut juga dijalankan saringan dengan PKPD di institusi tersebut dijangka tamat pada 15 November ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top