JOHOR BAHRU, 8 JUN: Sehingga 6 Jun, sebanyak 122 operasi nyahcemar (Decontamination) melibatkan 78 lokasi stesen kuarantin di seluruh Johor telah dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata seramai 8,124 individu dalam pemantauan (PUS) telah turut menjalani operasi nyahcemar sepertimana diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Proses nyahcemar (decontamination) turut dilaksanakan terhadap rakyat Malaysia yang tiba ke negeri Johor di stesen kuarantin dan kawasan-kawasan ‘epicentre’
Proses nyahcemar itu melibatkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor.
Dalam pada itu Vidyananthan turut memetik laporan operasi sanitasi awam harian yang dikeluarkan oleh JBPM Johor yang menyatakan ssecara keseluruhan operasi itu telah dilaksanakan di 2,167 lokasi bermula 27 Mac 2020 sehingga Jun 2020.
Ia merangkumi 816 bangunan kerajaan), 163 rumah ibadat), 479 tempat awam dan 709 (Lain-Lain).
Beliau turut menasihatkan rakyat di negeri ini agar mematuhi arahan kerajaan dan mengamalkan normal baharu yang disarankan.
“Saya berharap pengorbanan kita semua akan meraih kemenangan yang lebih bermakna dalam memerangi penularan virus COVID-19,” katanya lagi.
Johorkini