BM | EN | 中文

122 kesalahan skim harga maksimum musim perayaan direkodkan

122-kesalahan-skim-harga-maksimum-musim-perayaan-direkodkan.jpg
Advertisement

BESUT, 14 FEB: Sebanyak 122 kes kesalahan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 direkodkan di seluruh negara setakat semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, kesalahan itu membabitkan 79 kes gagal mempamerkan tanda harga diikuti 36 kes gagal menggunakan tanda harga merah jambu.

Katanya, baki tujuh kes lagi adalah kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Advertisement

“Keseluruhan kes itu membabitkan jumlah sitaan bernilai RM6,122 dan jumlah kompaun sebanyak RM14,600,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan SHMMP Tahun Baharu Cina 2021 di sebuah pasar raya di Jertih, di sini hari ini.

Kata Rosol lagi, daripada keseluruhan kes tersebut, negeri Johor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 56 kes, Perak 15 kes dan Sabah sebanyak 13 kes.

“Tindakan oleh KPDNHEP itu adalah hasil pemeriksaan membabitkan 11,065 premis di seluruh negara merangkumi 10,808 premis runcit dan 257 premis borong sejak 8 Februari.

Advertisement

Pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2021 berlangsung selama sembilan hari bermula 8 Feb dan berakhir Selasa ini.

“Sehubungan itu KPDNHEP mengingatkan peniaga supaya mematuhi peraturan ditetapkan di bawah pelaksaanaan SHMMP termasuk tidak menaikkan harga barang kawalan,” katanya.

Dalam pada itu , Rosol berkata, KPDNHEP menerima sebanyak 794 aduan melibatkan pembelian dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan lepas.

Advertisement

Katanya ia melibatkan pelbagai aduan antaranya penipuan, kerosakan barangan dan barang tidak sampai ke tangan pembeli.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top