BM | EN | 中文

120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan

PhotoGrid_1578960723433.jpg

Tangkap layar laman Facebook yang menunjukkan pelajar SMAKJ Kluang mendapatkan rawatan di hospital.

Advertisement

KLUANG, 14 JAN: Seramai 120 pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) di sini dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati sarapan pagi di dewan asrama sekolah berkenaan, pagi semalam.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu memberitahu, kesemua pelajar tersebut berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

“Pejabat Kesihatan Daerah Kluang memaklumkan satu kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar daripada SMAKJ dilaporkan berlaku pada jam 10.20 pagi, semalam.

Advertisement

“Siasatan lanjut mendapati seramai 120 pelajar daripada sejumlah 474 orang yang terdedah mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, sakit kepala dan demam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya, hari ini.

Tambah beliau, makanan yang disyaki menyebabkan keracunan makanan itu adalah mi goreng yang dihidang pada sarapan pagi, namun, siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar keracunan makanan berkenaan.

Advertisement

“Sampel klinikal daripada kes-kes, persekitaran serta pengendali sudah dihantar ke makmal untuk analisa manakala pemeriksaan terhadap dapur dewan asrama juga dijalankan.

“Penutupan sementara dapur asrama sudah dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tujuan disinfeksi premis dan siasatan lanjut,” ujarnya.

Menurut Dr Aman lagi, pendidikan kesihatan telah diberi kepada tenaga pengajar dan pelajar sekolah terlibat. Mereka juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga sebelum mengambil sebarang makanan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top