BM | EN | 中文

12 rumah tradisional Kampung Melayu Majidee bakal diwarta struktur warisan

Rosli-Kemin-01-scaled.jpg

Rosli Kemin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JAN: Sebanyak 12 buah rumah tradisional Melayu di Kampung Melayu Majidee di sini akan dikekalkan keunikan dan identitinya sebagai bangunan warisan.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Rosli Kemin berkata, langkah tersebut merupakan salah satu inisiatif pemeliharaan agar pencinta warisan selain pelancong dapat melihat keindahan rumah Limas Melayu Johor.

“Kita dah mengenalpasti 12 buah rumah tradisional tersebut. MBJB juga akan turut membantu dari sudut pengindahan dan pemuliharaan rumah tradisional ini,” katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Rosli turut memberitahu, Kampung Melayu Majidee merupakan antara penempatan terawal yang wujud di bandar raya ini bukan saja dijadikan sebagai Warisan Bandaraya, malah imej dan identitinya juga akan dinaik taraf.

“Antaranya dengan pembinaan dua buah pintu gerbang di jalan masuk utama ke kampung ini sebagai simbolik bagi meraikan kehadiran pengunjung dan pelancong ke kampung warisan tersebut.

“Asal cadangannya tiga (pintu gerbang), tapi yang dipersetujui ialah dua buah pintu gerbang. Senibinanya akan memaparkan ciri-ciri warisan dan kebudayaan masyarakat Melayu.

Advertisement

“Sekarang perkara ini dalam proses pelaksanaan sementara perunding telah pun dilantik,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya akan membina sebuah galeri warisan bagi menempatkan bahan-bahan pameran bersejarah berkenaan kampung tersebut.

“Sekarang ini kita sedang berusaha untuk mendapatkan ruang di dalam Medan Niaga Kampung Melayu Majidee untuk dijadikan galeri.

Advertisement

“Selain itu, kita juga akan meningkatkan imej dalam usaha mempromosikan Medan Niaga Kampung Melayu Majidee itu sebagai salah satu lokasi tarikan di bandar raya ini,” tambahnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top