BM | EN | 中文

12 peratus kes positif Covid-19, tetapi daerah Kluang hanya terima 7.5 peratus vaksin

chew-chong-sin-mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 27 OGOS: Jumlah kes positif Covid-19 di daerah Kluang merupakan 12 peratus daripada keseluruhan kes positif di Johor, tetapi penerima vaksin di daerah ini berjumlah 7.56 peratus vaksin, kata Adun Mengkibol, Chew Chong Sin.

Kata Chong Sin lagi, kurang 7 peratus orang dewasa di daerah ini yang melengkapkan dua dos vaksin.

“Dari segi kriteria, demi kawalan wabak Covid-19, Kluang harus dibekalkan lebih vaksin.

Advertisement

“Pejabat DUN Mengkibol juga banyak kali menghantar surat kepada CITF Johor dan peringkat daerah meminta ditingkatkan jumlah dos harian di PPV Kluang dan melanjutkan waktu operasi demi mempercepatkan kadar vaksinasi Kluang,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Kata Chong Sing, dalam ucapan perbahasan di sidang DUN Johor pada 22 Ogos, beliau mengingatkan bahawa jumlah kes di Johor melebihi 10,000 kes dengan 262 kematian.

“Situasi ini amat membimbangkan. Bagi bulan Julai, Kluang daerah ketiga tertinggi jumlah kes baharu di Johor, iaitu 12 peratus.

Advertisement

“Tetapi vaksin yang diterima hanya 7.56 peratus dan tidak sampai 7 peratus warga Kluang selesai menerima dua dos vaksin,

“Oleh itu, Mengkibol ingin menekan bahawa pengagihan vaksin kepada daerah-daerah di Johor harus mengikut dua kriteria yang diumumkan oleh bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Khairy Jamaluddin, iaitu tempat yang kadar kes positif tinggi dan kadar vaksinasi rendah, harus diagihkan vaksin yang lebih demi mencapai tujuan kawalan pandemik dan mengelakkan penularan virus,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top