BM | EN | 中文

12 hospital kerajaan di Johor diaktifkan sebagai hospital hibrid COVID-19

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MEI: Kesemua 12 hospital kerajaan di Johor telah beroperasi sebagai hospital hibrid COVID-19 dengan memberi perawatan bukan sahaja kepada pesakit yang terjejas pandemik tetapi juga bukan COVID sejak 1 April lepas.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata langkah itu diambil bagi menampung keperluan berikutan peningkatan jumlah pesakit dijangkiti virus itu dan setakat semalam, seramai 49 orang pesakit dirawat di Unit rawatan rapi (ICU) di enam hospital berpakar.

“Seramai 39 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Mengenai kapasiti penggunaan katil ICU khusus COVID-19, beliau berkata kadar penggunaan pada 114 peratus (daripada 43 katil ICU COVID-19 yang dikhususkan).

Kekangan kepada pembukaan lebih bilangan katil ICU COVID-19 adalah disebabkan kekurangan , sumber manusia dan juga pada masa sama jumlah pesakit kritikal bukan COVID yang tinggi yang turut memerlukan rawatan rapi di ICU pada masa ini, katanya.

Beliau berkata walaupun semua 12 hospital kerajaan telah beroperasi sebagai hospital hibrid COVID-19 temiasuk hospital tanpa pakar, waktu operasi hospital tetap berjalan seperti biasa dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Advertisement

Antaranya ialah pengurangan bilangan janji temu di klinik pakar dikurangkan kepada 50 hingga 60 peratus dan pesakit dibenarkan hadir ke klinik 30 minit sebelum waktu janji temu yang ditetapkan dengan seorang waris/penjaga (jika perlu).

Selain itu, pembedahan elektif dihentikan atau dikurangkan kecuali pembedahan elektif berkaitan kanser yang telah tertunggak dari 2020 diteruskan.

Terdapat 205 kes bare telah dilaporkan di Johor semalam dengan 50 kes (24 peratus) adalah daripada kiuster aktif dan kiuster baharu di negeri itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 46,105 kes di seluruh negeri itu.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top