BM | EN | 中文

12 ahli sindiket Macau Scam diberkas – Ketua Polis Johor

12-ahli-sindiket-Macau-Scam-diberkas.jpg

Gambar Ehsan Media IPK Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MAC: Kegiatan sindiket Macau Scam yang menggunakan modus operandi memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pegawai pos laju sejak setahun lepas, berakhir apabila 12 ahli sindiket diberkas di Cheras, Kuala Lumpur, pada 28 Feb lepas.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua suspek terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 33 tahun, ditahan di sekitar Cheras kira-kira 4.30 hingga 6.10 petang.

Katanya, penahanan ahli sindiket itu susulan serbuan di sebuah premis rumah kedai yang dijadikan sebagai pusat Macau Scam di Kota Tinggi pada 2 Feb lepas, yang membawa kepada rampasan 52 telefon bimbit pelbagai jenama, satu set komputer dan dua modem.

Advertisement

“Kami percaya suspek ini telah melarikan diri semasa serbuan di premis Kota Tinggi. Penahanan mereka ini juga adalah hasil bantuan polis Kuala Lumpur.

“Mereka dipercayai menerima upah kira-kira RM1,000 sehingga RM2,000 serta komisen hasil daripada menipu mangsa,” katanya dalam sidang media semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Johor Khaw Kok Chin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor Mohd Salleh Abdullah.

Advertisement

Terdahulu Bernama melaporkan Ayob sebagai berkata, selain menyamar sebagai pegawai pos laju, sindiket berkenaan juga menyamar sebagai pegawai kerajaan.

“Kes penipuan ini sudah banyak kali berlaku, tetapi masih ada orang awam yang menjadi mangsa penipuan… satu hari kami terima dua hingga tiga kes Macau Scam,” katanya.

Ayob berkata, semua suspek direman 21 hari bermula 1 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top