BM | EN | 中文

119 RMB telah diserahkan kepada rakyat Johor

IMG-20200118-WA0019.jpg
Advertisement

KULAI, 18 JAN : Sebanyak 119 unit Rumah Mampu Biaya (RMB) Johor telah diserahkan kepada pemohon melalui sistem undi ketika Majlis Pengundian Terbuka RMB C Taman Scientex Kulai 2, di sini, hari ini.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad mengucap tahniah kepada penerima RMB C yang berharga RM 150,000 di kawasan Kulai.

Katanya, undian terbuka tersebut perlu diteruskan kerana ianya suatu inisiatif yang sistematik, telus dan adil serta beliau percaya perkara ini akan memberikan manfaat kepada golongan B40 dan M40 yang memerlukan rumah.

Advertisement

“Sistem undian ini membolehkan orang awam dapat melihat sendiri proses pengagihan serta kaedah undi dilaksanakan. Kalau dahulu pengagihan ini dilakukan melalui parti-parti politik seperti Kouta Menegakkan Kerajaan (KMK) dan kita telah memansuhkan kouta itu kerana dilihat ianya tidak telus serta terdedah dengan korupsi.

“Bermula 1 Ogos 2018 yang lalu kerajaan telah memperkenalkan permohonan perumahan rakyat Johor yang mana kita telah mengubah proses dengan pemilihan berdasarkan lokasi sedangkan lokasi yang dipilih tidak ada projek RMB dengan kita menawarkan kepada pemohon terhadap projek yang sedang berjalan.

“Seluas 48.40 ekar yang dilengkapi dengan kemudahan pasaraya terkenal dan berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan yang berkeluasan seunit 1,000 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, seramai 678 pemohon yang layak dan seramai 52 orang pemohon yang gagal mendaftar diri untuk undian hari ini.

Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar berkata, nisbah untuk pemilikkan seunit rumah adalah seramai enam pemohon yang akan disaring melalui undian.

“Sebanyak 72 unit untuk kouta awam melayu, 30 unit untuk kouta awam cina dan 12 unit untuk kouta india,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, memandangkan permintaan yang tinggi pihak kerajaan telah meluluskan untuk peringkat ketiga bagaimana RMB ini ditawarkan kepada rakyat adalah dengan pembangunan RMB di atas tanah-tanah kerajaan negeri.

“Sebanyak lima tanah kerajaan negeri akan dibangunkan dan salah satunya berada di Kulai yang sudah diluluskan untuk projek seterusnya dengan seratus peratus RMB secara ‘landed’. Siapa yang tidak terpilih hari ini akan mendapat peluang seterusnya untuk RMB di tempat yang baharu tersebut,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top