BM | EN | 中文

11,726 saringan Covid-19 di lima daerah zon merah Johor

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 APR: Sehingga 18 April 2020, sebanyak 11, 726 saringan telah dibuat di lima daerah yang telah dikategorikan sebagai zon merah di negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, daripada jumlah itu hanya 558 kes direkodkan dan 326 daripadanya telah sembuh.

Statistik pecahan mengikut daerah yang telah diletakkan sebagai zon merah adalah seperti berikut :

Advertisement

Dalam pada itu Vidyananthan berkata, kerajaan negeri ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik kerana data yang digunakan itu merujuk kepada keseluruhan kes yang direkodkan sejak kes pertama hingga kini.

Katanya, ia termasuklah kes aktif, kes yang telah sembuh serta kes kematian.

Advertisement

“Namun begitu, ia tidak bermakna masyarakat boleh sewenang-wenangnya ke sana ke sini ke sana ke sini dan mengabaikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harus diingat, antara faktor yang menyumbang kepada penurunan ini adalah pematuhan anda semua terhadap Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

“Untuk itu, saya menyeru kepada semua, supaya terus patuh kepada arahan kerajaan agar Johor berjaya mencatatkan kes baru dan aktif sifar,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top