BM | EN | 中文

1,170 individu berhubung Kluster Jeri sudah disaring – JKN Johor

1170-individu-sudah-disaring-berhubung-Kluster-Jeri.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 NOV: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sudah menyaring seramai 1,170 individu dari Kluster Jeri, yang melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar, sehingga semalam,

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata aktiviti pengesanan dan saringan kontak rapat berhubung kluster baharu itu sedang giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terlibat.

“Sehingga semalam, sejumlah 1,170 individu telah disaring dan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 26 kes, 535 adalah negatif dan 609 masih menunggu keputusan.

Advertisement

“Kes indeks bagi kluster ini (Kluster Jeri) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Singapura pada 6 Nov lepas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata sehingga semalam, terdapat lima kluster aktif di Johor iaitu Kluster Jeri, Meldrum, Bayu, Kempas dan Padang.

Peningkatan kes yang dilaporkan khususnya di Kota Tinggi adalah ekoran dari pencarian kes secara aktif dan aktiviti pengesanan yang dipertingkatkan oleh JKNJ dalam mengekang penularan COVID-19 secepat mungkin.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top