BM | EN | 中文

116 GENERASI KEDUA FELDA REDONG 1 SEGAMAT TERIMA HAK MILIK TANAH

datuk-dr-sahruddin-1.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 17 OKT : Seramai 116 generasi kedua Felda Redong 1, di sini menerima hak milik tanah yang disampaikan sendiri Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Dr Sahruddin berkata, beliau percaya dengan pengurniaan tanah untuk tapak rumah itu pastinya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan Felda berkenaan.

“Pengurniaan ini melibatkan tanah berkeluasan 21.8 ekar, di mana ianya terletak dalam kawasan perkampungan Felda Redong iaitu lebih kurang 18 km dari Pusat Bandar Labis atau lebih kurang 7.5 km dari persimpangan masuk ke Felda Redong.

Advertisement

“Diharapkan dengan pengurniaan tanah ini, generasi kedua dapatlah membuat perubahan pada diri, keluarga serta tidak meninggalkan Felda, seterusnya bersama-sama memajukan Felda ini dengan lebih aktif dan berwawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Hak Milik Generasi Kedua Felda Redong 1, di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan pengurniaan tanah kepada generasi kedua, beliau percaya ianya dapat merancakkan lagi perubahan-perubahan di dalam masyarakat di Felda tersebut.

Advertisement

Jelasnya, para penerima sudah boleh memulakan perancangan bagi membangunkan tanah yang diperolehi itu dengan membina rumah kediaman cara sendiri atau melalui agensi kerajaan berkaitan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top