BM | EN | 中文

11 pasukan Liga-M hantar permohonan lesen AFC musim 2022

Liga-M-bola-sepak.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan 11 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah menghantar pengesahan permohonan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi musim 2022.

Sepuluh daripada 11 pasukan itu terdiri pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka United FC, Petaling Jaya (PJ) City FC, Perak FC, Kedah Darul Aman FC, Selangor FC, Penang FC, Terengganu FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur FC, manakala Sarawak FC wakil tunggal Liga Premier.

Badan pentadbir Liga-M turut mengesahkan 11 pasukan itu antara 18 pasukan yang sudah menghantar pengesahan permohonan Lesen Kelab Kebangsaan bagi musim 2022 sebelum pengesahan permohonan itu ditutup pada 9 Feb lepas.

Advertisement

Dalam kenyataan semalam Unit Pelesenan Kelab MFL berkata pengumuman mengenai perkara itu adalah sebagai pemakluman awam kepada semua pihak.

Pada masa sama, MFL memaklumkan Sistem Pentadbiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS) dibuka bermula hari ini dan setiap kelab diminta mengemukakan beberapa dokumen diperlukan mengikut tarikh ditetapkan.

Menurut MFL, tarikh akhir mengemukakan dokumen berkaitan Kriteria Personel & Pentadbiran adalah pada 31 Mac, diikuti dokumen Kriteria Undang-Undang (15 April), Kriteria Sukan (31 Mei), Kriteria Infrastruktur (15 Jun), Kriteria Perniagaan (30 Jun) dan Kriteria Kewangan pada 30 Julai depan.

Advertisement

Dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan mengingatkan kesemua pasukan supaya menyerahkan dokumen yang diperlukan mengikut susunan kriteria dan tarikh akhir ditetapkan.

“Jika ada sebarang kekeliruan atau pertanyaan, pegawai pelesenan kelab boleh menghubungi secara terus dengan Unit Pelesenan Kelab MFL,” katanya.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top