BM | EN | 中文

1,059 pergerakan rentas negeri dari Johor diluluskan

sekatan-jalan-raya-pkpb-covid-19-johor.jpg

JOHOR BAHRU, 9 MEI: Sebanyak 1,059 permohonan untuk pergerakan rentas negeri dari Johor meliputi 407 daripada 2,347 yang memohon melalui aplikasi Gerak Malaysia telah diluluskan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan dalam kenyataan media kemaskini situasi semasa kes Covid-19 negeri.

“Pergerakan rentas negeri (Inter-State) yang dibenarkan dari Negeri Johor ke negeri lain adalah pada 8 Mei 2020.

“Sebanyak 1,059 pergerakan telah diluluskan untuk pergerakan rentas negeri dari negeri Johor meliputi 407 daripada 2,347 yang memohon melalui aplikasi Gerak Malaysia.

“(Manakala) sebanyak 652 jumlah permohonan permit secara manual telah dikeluarkan,” kata Vidyananthan dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut memaklumkan, sekatan jalan raya (SJR) masih lagi dijalankan oleh pihak Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebanyak 36 SJR telah dilaksanakan, manakala sebanyak enam sekatan jalan raya antara sempadan telah dilaksanakan,” katanya lagi.

Berdasarkan data Bilik Gerakan Covid-19, IPK Polis Johor pada 8 Mei, Pasukan Khas Operasi Pematuhan yang ditubuhkan PDRM telah membuat pemeriksaan di 4,352 buah premis bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pemeriksaan melibatkan beberapa agensi seperti ATM) PDRM, RELA, pihak berkuasa tempatan (PBT), Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top