BM | EN | 中文

1,018 pegawai, anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19

1018-pegawai-dan-anggota-polis-Johor-dikecualikan-terima-vaksin-COVID-19.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MAC: Seramai 1,018 daripada lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor dikecualikan daripada menerima suntikan vaksin imunisasi COVID-19.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

“Dalam program suntikan vaksin imunisasi COVID-19 ini, seramai 4,000 pegawai dan anggota akan diberikan vaksinasi, manakala lebih daripada 4,000 pegawai dan anggota lagi akan diberikan pada fasa kedua.

Advertisement

“Namun daripada keseluruhan jumlah itu, seramai 1,018 akan dikecualikan kerana isu kesihatan seperti mengandung, penyakit kronik dan alahan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top