BM | EN | 中文

101 kapal dagang bersauh tanpa kebenaran sejak awal tahun 2021 – APMM

101-kapal-dagang-bersauh-tanpa-kebenaran-sejak-awal-tahun-2021-APMM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 SEPT: Sebanyak 101 buah kapal dagang tempatan dan asing dari 17 negara telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan negeri ini sejak Januari lalu.

Pengarahnya Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata dalam ternpoh tersebut, sebanyak RM2.56 juts kompaun dikeluarkan dengan 83 daripada kapal tersebut ditahan menerusi Operasi Jangar Jaram yang dilaksanakan sejak 24 Mac lepas.

Menurutnya, antara alasan yang paling kerap diberikan adalah tidak mengetahui kawasan perairan negara.

Advertisement

“Sebenarnya adalah mustahil untuk mengatakan bahawa mereka tidak tahu kerana apabila kapal antarabangsa pergi ke mana-mana negara di dunia, perkara pertama yang perlu difahami adalah undang-undang yang dikuatkuasakan di negara yang menjadi destinasi mereka.

“Alasan itu kita tidak pertimbangkan sama sekali. Kita melaksanakan penguatkuasaan secara tegas tanpa mempedulikan daripada mana kapal itu berasal,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sementara itu, mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan anggota APMM di Johor, Nurul Flizam berkata seramai 120 anggotanya disahkan positif dengan dua kematian direkodkan semenjak Mac tahun lepas.

Advertisement

“Dalam tempoh itu juga hampir 300 anggota dikuarantin dan ada juga jangkitan yang berpunca daripada tangkapan menerusi penguatkuasaan yang dilakukan: katanya.

Katanya, dua kematian itu berlaku pada tahun ini iaitu Pegawai Waran 11 (M) Muhamat Nazri Othman, 55, yang meninggal dunia pada 16 Ogos dan Bintara Muda (M) Mohamad Poudzi Aziz, 55, pada 17 Sept lalu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top