BM | EN | 中文

100,038 SAHABAT BARU SERTAI AIM

muhyiddin-3.jpg
Advertisement

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 17 NOV : Seramai 100, 038 orang telah mendaftar sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak Januari hingga Oktober 2019.

Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata, jumlah pendaftaran itu menjadikan Sahabat AIM kini sebanyak 371, 408 orang berbanding 271, 370 pada tahun lalu.

Advertisement

“Peningkatan mendadak ini merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah 32 tahun AIM ditubuhkan dan jumlah ini terus meningkat dari semasa ke semasa.

Muhyiddin bersama Sahabat-sahabat AIM yang menerima anugerah kecemerlangan.

“Lonjakan jumlah itu disumbang menerusi Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang ditetapkan kepada setiap 30 wilayah dan 136 cawangan selain hasil kerja keras kakitangan dan penstrukturan semula AIM,” katanya di Fiesta Sahabat AIM Pontian 2019, di sini, kelmarin.

Selain itu, katanya, ia turut diselaraskan dengan kempen #JomMasukAIM dan program Fiesta Sahabat AIM 2019 yang telah diadakan di 70 lokasi seluruh negara.

Advertisement

“Fiesta Sahabat AIM merupakan program turun padang untuk bersama Sahabat-sahabat AIM yang berada di serata negeri,” katanya.

Fiesta Sahabat AIM Pontian 2019 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Pontian dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Pengerusi AIM, Datuk Junaidah Kiting dan Pengerusi Koperasi Sahabat AIM, Mohd Najib Mohd Noor.

Advertisement

Selain gerai jualan produk-produk Sahabat AIM Pontian, fiesta turut diceriakan dengan aktiviti zumba, pertandingan mewarna, ceramah keusahawanan dan cabutan bertuah.

Bagi AIM Pontian, terdapat sembilan blok di bawah seliaannya dengan keseluruhan 2,507 Sahabat membabitkan jumlah pembiayaan sebanyak RM15 juta sehingga Oktober 2019.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top