BM | EN | 中文

100,000 pelajar daftar Selangor Tutor, tiga juta soalan latihan disalur

Selangor-Tutor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 8 DIS: Program pembelajaran dalam talian, Selangor Tutor menerima 100,000 pendaftaran pelajar sejak mula dilaksanakan pada April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Eddie Ahmad Khodzali berkata program yang tamat September lalu telah menyalurkan tiga juta soalan kepada pesertanya.

“Program ini bukanlah medium utama kepada pelajar, namun ia penambah nilai kepada kurikulum sedia ada. Tetapi menariknya sejak pandemik Covid-19 melanda negara, Selangor Tutor berjaya meraih minat orang ramai.

Advertisement

“Disebabkan itu kita lanjutkan program berkenaan, awalnya ia hanya bermula pada April hingga Mei tetapi dilanjut hingga September lalu,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Strategi Selamatkan Pendidikan, Bela Pelajar anjuran Media Selangor di sini, semalam.

Turut sama ialah Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Selangor, Amidi Abdul Manan.

Advertisement

Bagaimanapun Eddie berkata jumlah peserta Selangor Tutor daripada pelajar yang menerima tajaan Yayasan Selangor dilihat masih rendah.

“Kita menaja biasiswa kepada 3,000 pelajar tingkatan satu hingga lima, tetapi yang menyertai Selangor Tutor hanyalah 10 peratus sahaja daripada jumlah berkenaan.

“Oleh itu, Yayasan Selangor akan mengkaji situasi ini dan melihat kekangan yang berlaku, sama ada mereka kekurangan peranti mudah alih ataupun data, kita akan kajinya,” katanya.

Advertisement

Inisiatif Selangor Tutor diumumkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa kedua oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 1 April.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top