BM | EN | 中文

100,000 pekerja Malaysia di Singapura bakal terima vaksin

Johor-Malaysia-Singapore-Tambak-Johor.jpeg

Gambar Ehsan SCMP/AFP

Advertisement

PONTIAN, 14 MAC; Seramai 100,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dijangka akan menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi fasa kedua pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu diputuskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini.

Menurut beliau, ketika ini satu sistem sedang dibangunkan bagi membolehkan golongan berkenaan mendaftar bagi mengikuti program itu.

Advertisement

“MOSTI menerusi satu program khas setuju untuk beri vaksin kepada mereka yang bekerja di Singapura. Secara keseluruhannya dianggarkan seramai 400,000 pekerja yang berulang alik setiap hari.

“Tetapi pada peringkat awal ini, kementerian (MOSTI) akan ketepikan vaksin untuk 100,000 orang dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian yang diadakan di Parit Dahlan, Benut, di sini hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Johor, Datuk Sawalludin Ahmad.

Menurut Hasni, langkah itu akan membolehkan seramai 100,000 pekerja Malaysia di Singapura menerima suntikan vaksin Covid-19 seiring dengan golongan warga emas dan berpenyakit kronik.

“Pemberian suntikan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama akan berakhir April ini, seterusnya pelaksanaan fasa kedua akan dilakukan selepas itu,”katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top