BM | EN | 中文

100,000 kit ujian kendiri Covid-19 akan diagih ke seluruh Johor – TMJ

TMJ-tunku-ismail.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUL: Johor telah menerima sebanyak 100,000 kit ujian kendiri antigen COVID-19 yang akan diagihkan ke seluruh negeri.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi baginda semalam bertitah kit ujian kendiri itu dapat meningkatkan kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan COVID-19 Iebih efektif dapat dijalankan sekali gus mengesan kes positif.

“Kita perlu meningkatkan lagi ‘Test, Trace and Vaccinate’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin,” titah baginda.

Advertisement

Tunku Ismail bertitah kit ujian kendiri itu juga akan membantu dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19 selain mengenal pasti lokasi-lokasi hotspot.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top