BM | EN | 中文

100,000 IKS di Johor terkesan akibat Covid-19, perlu bantuan – Adun

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 SEPT: Kira-kira 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (IKS) di Johor terkesan akibat pandemik Covid-19 dan memerlukan bantuan, kata Adun Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse.

Menurut beliau, IKS yang memiliki rantaian ekonomi dalam negeri berdepan cabaran berikutan kelembaban ekonomi yang memerlukan perhatian dan segala bantuan dari pihak kerajaan.

Katanya, permohonan bantuan RM1 bilion oleh kerajaan negeri daripada pusat sebelum ini tidak mencukupi berbanding jumlah IKS yang ada di negeri Johor.

Advertisement

“Syabas dan tahniah. Tetapi saya rasa jumlah itu terlalu kecil berbanding dengan jumlah IKS yang kita ada di Johor.

“Mereka ini memainkan peranan penting dalam rantaian ekonomi negeri kita terutamanya menyediakan peluang pekerjaan kepada anak Johor.

“Golongan ini jugalah yang paling terkesan daripada pandemik Covid-19 kerana mereka kurang mempunyai kemampuan untuk bertahan dalam iklim ekonomi yang lembab,” kata Jimmy.

Advertisement

Bekas Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri itu berkata, Johor memerlukan sekurang-kurangnya RM10 bilion sebagai pakej bantuan atau rangsangan bagi menjana IKS dan hilirannya.

“Banyak IKS ini mengalami isu aliran tunai kerana pasaran lembab. Pada masa yang sama kena tanggung sewa, ansuran bank yang akan datang dan gaji pekerja. Itulah kenapa mereka perlu bantuan sekarang untuk melepasi krisis sementara ini.

“Bayangkan sekiranya mereka ini tutup kedai, berapa ramai akan hilang pekerjaan?

Advertisement

“Baru-baru ini Menteri Besar sendiri menyatakan dijangka 173,000 orang akan hilang pekerjaan. Saya rasa angka ini akan bertambah pada suku ketiga dan suku keempat tahun ini,” ujarnya lagi.

Tambah Jimmy, bantuan yang diberikan perlu secara intensif dan tersusun, bukannya sekadar token.

“Bila ekonomi pulih, perniagaan mereka bertambah baik, mereka juga akan menyumbang balik kepada negara melalui cukai-cukai.

Advertisement

“Kerajaan juga boleh memberi panduan untuk sesetengah industri yang mengalami masalah sekarang seperti sektor pelancongan untuk berhijrah ke sektor lain seperti logistik dan lain-lain.

“Agensi-agensi kerajaan kena main peranan penting membantu IKS ini.

Bantu memulih balik ekonomi Johor,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top