BM | EN | 中文

10,000 pengguna harian jeti penumpang seluruh Johor

IMG-20200206-WA0010.jpg

Mohd Solihan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Terdapat kira-kira 10,000 pengguna perkhidmatan pengangkutan air secara harian di jeti-jeti penumpang di seluruh negeri ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, jumlah tersebut melibatkan jeti-jeti yang digunakan oleh penumpang pengangkutan air tempatan dan juga antarabangsa termasuk di laluan keluar-masuk antara Johor dengan Singapura dan Indonesia.

“Itu bukan perniagaan kecil. Ia juga memiliki potensi sangat besar. Sebab itu kami mencari jalan macam mana untuk menambah baik lagi fasiltiti di jeti atau perkhidmatan jeti,” katanya dalam satu sesi wawancara bersama stesen radio tempatan, di sini, hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, antara langkah yang dilakukan kerajaan negeri antaranya mengambilalih semula pengurusan jeti penumpang melalui Pengangkutan Awam Johor (PAJ) yang menawarkan perkhidmatan feri dari Kukup, Pontian ke Tanjung Balai di Riau, Indonesia.

“Ia telah berjalan dengan baik. Kerajaan negeri juga sedang melihat kepada jeti-jeti lain (berkenaan) prosedur standard (SOP) dan persekitaran. Ini supaya jeti-jeti kita ini bertaraf lebih baik untuk memberi kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Dalam wawancara sama, Mohd Solihan memberitahu, kerajaan negeri juga akan memeriksa dan menyelenggara fungsi pembetung (culvert) di Tambak Johor yang dilaporkan telah terjejas.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Tenang berkata, pihaknya telah memohon peruntukan bagi pembinaan pembetung baru bagi membolehkan air dari kedua-dua bahagian kiri dan kanan Tambak Johor mengalir dengan lancar.

“Ada culvert lama yang fungsinya tak begitu sempurna. Ada juga yang sudah tertimbus oleh projek lama. Jadi, kami dah minta peruntukan untuk membaiki atau membina yang baru.

“Kalau tak ada pembinaan sempurna dan air tak dapat mengalir di kedua-dua arah, dalam tempah beberapa tahun kawasan itu akan menjadi tercemar,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top