BM | EN | 中文

10,000 baucar melancong di Selangor habis ditebus

selangor-tourism.png
Advertisement

SHAH ALAM, 5 APRIL: Sebanyak 10,000 baucar pelancongan Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! habis ditebus.

Pengurus besar Tourism Selangor berkata sambutan terhadap penebusan baucar bernilai RM200 itu amat memberangsangkan sejak mula dilancar pada 8 Januari lalu.

“Walaupun pemulihan sektor ini hanya terbuka kepada pengunjung domestik tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha pelancongan menambah pendapatan.

Advertisement

“Orang awam yang menebus baucar ini juga diminta terus kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika berkunjung ke destinasi yang hendak dituju,” kata Azrul Shah Mohamad, lapor SelangorKini.

Pada 13 Julai, Kerajaan Negeri mengumumkan subsidi baucar pelancongan bernilai RM2 juta boleh ditebus menggunakan platform e-dompet Lazada dan Touch ‘n Go untuk menginap di hotel, taman tema dan inap desa berlesen.

Sementara itu, Azrul berkata agensi tersebut giat mempromosi kempen pelancongan `Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ menerusi media sosial rasminya.

Advertisement

“Kita turut memaparkan beberapa destinasi menarik di negeri ini secara maya dan boleh ditonton menerusi YouTube rasmi Tourism Selangor.

“Menerusi paparan tersebut orang ramai khususnya mereka dari luar Selangor dapat merasai keindahan dan sudah pasti tidak sabar untuk ke sini apabila dibenar merentas negeri akan datang,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top