BM | EN | 中文

1000 topeng muka dan 50 kit keselamatan diedarkan di LTAS

IMG-20200217-WA0020.jpg

Teo Nie Ching bergambar bersama orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

KULAI, 18 FEB: 1000 topeng muka dan 50 kit keselamatan telah diedarkan kepada petugas keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), kelmarin.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kit keselamatan yang diedarkan mengandungi hand sanitizer dan tisu pelembab antibakteria.

Beliau yang menyertai program tersebut turut mengedarkan 200 keping risalah berkaitan wabak Covid-19 (koronavirus) kepada orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi sebagai langkah mencegah dari jangkitan Covid-19.

Program ini turut disertai Pejabat Penerangan Daerah Kulai, Majlis Keselamatan Negara, wakil Adun Senai dan Pengurusan Airport Senai.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top