BM | EN | 中文

1,000 SERTAI LARIAN HARI JANTUNG SEDUNIA ‘MY HEART, YOUR HEART’

larian-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU,  30 SEPT – Bersempena dengan sambutan Hari Jantung Sedunia 2019, Hospital Pakar KPJ Johor, di sini mengambil kesempatan menganjurkan Larian Hari Jantung Sedunia bertemakan ‘My Heart, Your Heart’, kelmarin.

Antara peserta yang terlibat

Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Mohd Azhar Abdullah berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan melibatkan 1,000 penyertaan.

Menurutnya, Hari Jantung Sedunia yang disambut pada 29 September setiap tahun merupakan sebahagian daripada kempen masyarakat dunia untuk memupuk kesedaran berkaitan penyakit jantung dan langkah pencegahannya.

Advertisement

“Pada tahun ini, tema ‘My Heart, Your Heart’ atau jantung saya, jantung anda telah dipilih menjadi tema rasmi sambutan.

“Ia membawa maksud menggesa masyarakat di seluruh dunia agar membuat janji untuk mengaplikasi gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka yang merangkumi aspek pemakanan, senamam dan tidak merokok.

“Ia juga menggesa masyarakat dunia supaya lebih menitikberatkan kesihatan jantung dengan menjaga jantung mereka agar penyakit kardiovaskular dapat dicegah,” katanya.

Advertisement

Program itu disempurnakan Adun Perling, Cheo Yee How.

Mohd Azhar berkata, larian sejauh 4km dan 7km ini bermula dari Hospital Pakar KPJ Johor di Jalan Abdul Samad melalui Jalan Tasek Utara, Jalan Kolam Ayer dan Jalan Nong Chik.

“Ianya terbuka kepada penyertaan awam dan terbahagi kepada lapan kategori utama iaitu kanak-kanak lelaki dan perempuan (berumur 10 tahun hingga 12 tahun), remaja lelaki dan perempuan (berumur 13 tahun hingga 19 tahun), dewasa lelaki dan perempuan (berumur 20 tahun hingga 44 tahun) dan veteran lelaki dan perempuan (berumur 45 tahun ke atas),” katanya.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top