BM | EN | 中文

1,000 penduduk Bukit Batu, Kulai dapat kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) percuma

Jimmy-Puah-edar-RTK-Antigen-Kit-di-Flat-Taman-Putri-Kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 28 OGOS: Seramai 1,000 penduduk di Bukit Batu di sini berpeluang menjalani saringan COVID-19 menggunakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) secara percuma bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse berkata tawaran itu dilakukan bertujuan meringankan beban rakyat selain bagi mencegah penularan COVID-19.

“Ini merupakan inisiatif pejabat ADUN kerana kita dapat peruntukan daripada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sebanyak RM150,000 untuk menolong rakyat.

Advertisement

“Jadi kita gunakan sebahagian peruntukan itu untuk RTK-Ag selain memberikan bakul makanan kepada yang memerlukan.

“Sebagai permulaan kita edarkan 150 unit RTK-Ag kepada penduduk di Flat Cengal, Taman Putri Kulai diikuti penduduk di Air Bemban,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan RTK-Ag di sini hari ini.

Puah yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor berkata langkah itu sekali gus membantu memudahkan pengurusan pihak daerah melakukan pengesanan awal kes positif COVID-19 di kawasan Bukit Batu.

Advertisement

Pada 22 Ogos lepas, Hasni memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kerajaan negeri bersetuju memberi peruntukan tambahan RM150,000 kepada semua 56 ADUN di negeri itu bagi membolehkan bantuan segera disalurkan kepada penduduk terjejas COVID-19.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top