BM | EN | 中文

1,000 anak yatim piatu akibat COVID-19 kini ‘anak angkat’ kerajaan Johor

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 NOV: Nasib 1,000 anak-anak yatim piatu di negeri ini yang kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19 bakal terbela menerusi inisiatif Anak Angkat Makmur Johor, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Mengumumkan perkara itu semasa pembentangan Belanjawan 2022 negeri, Hasni berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi inisiatif tersebut dalam usaha menyantuni masa depan anak-anak yatim piatu itu, yang bakal diterajui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.

“Kerajaan negeri sangat bersimpati dengan rakyat Johor yang telah kehilangan ahli ahli keluarga tersayang akibat pandemik COVID-19 terutamanya anak-anak (yang masih) muda. Keperitan hidup yang dihadapi oleh anak- anak ini tidak dapat saya bayangkan kerana terpaksa membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa.

Advertisement

“Di bawah inisiatif ini juga, bantuan antara RM2,500 hingga RM5,000 akan diberikan secara one-off sebagai simpanan SSPN PRIME.

“Anak-anak di sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan baucar persekolahan manakala mereka yang baru tamat persekolahan akan menerima bantuan yuran kemasukan ke institusi pengajian tinggi,” katanya ketika membentangkan belanjawan tersebut pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negen Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Selain itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negen (ADUN) Benut berkata kerjasama strategik bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, program kaunseling dan motivasi juga akan disediakan bagi anak-anak yatim tersebut.

Advertisement

“Harapan saya agar usaha inl dapat membantu anak Johor yang kehIlangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19 dan memastikan kebajikan mereka juga sentiasa terjaga” katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu Modul Lindungi Permata Johor bakal dibangunkan untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk eksploitasi, diskriminasi dan penderaan bagi memastikan perkembangan sihat kanak-kanak selaras dengan Dasar Kanak-Kanak Negara.

Katanya, modul itu dijangka dapat memanfaatkan 401 pusat jagaan kanak-kanak dan taska di Johor.

Advertisement

Hasni berkata bagi memastikan kualiti penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan terjaga dan mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, sebanyak RM180,000 akan diperuntukkan dalam Insentif Yuran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP).

Dalam usaha menangani jangkitan COVID-19 pula, sebanyak RM6 juta diperuntukkan dengan sebanyak 3,000 kit ujian kendiri akan diberikan kepada setiap ADUN manakala setiap isi rumah bakal menerima lima set kit ujian.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top