BM | EN | 中文

100 pelajar KYPJ terima bantuan Foodbank

IMG-20200210-WA0039.jpg

Aminolhuda bergambar bersama penerima Foodbank Yapiem

Advertisement

KULAI, 10 FEB: Seramai 100 pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) menerima bantuan menerusi Program Foodbank Yapiem 1.0 hari ini.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, program ini merupakan antara aktiviti kebajikan dan amal jariah dilaksana untuk membantu pelajar dari kalangan keluarga B40.

Katanya, program ini adalah inisiatif baharu diambil oleh Yapiem untuk menyantuni golongan B40 di peringkat akar umbi sebagai kumpulan sasar memerlukan bantuan.

Advertisement

“Perlaksanaan Food Bank ini adalah menepati tiga teras negara Rahmah iaitu Rahmatan Lil Alamin dengan mengambil kira semua aspek.

“Antaranya sifat ‘Rahmah’ menyantuni golongan B40 dan asnaf. ‘Aman’ iaitu memberi kesejahteraan hidup kepada golongan sasar sesuai dengan ‘sustainable development goals (SDG)’.

“’Harmoni’ bermaksud pengagihan rezeki daripada yang berkemampuan kepada golongan besar selain ‘mesra’ membina jaringan silaturrahim di kalangan masyarakat melalui sadaqatul jariah dan zakat,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Foodbank Yapeim 1.0 di KYPJ, di sini, hari ini.

Aminolhuda yang merupakan Adun Parit Yaani berkata, usaha dan inisiatif ini adalah bukti komitmen Yapiem untuk melestarikan aktiviti amal jariah dan kebajikan dijalankan mencakupi setiap lapisan rakyat di segenap pelusuk negara.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak terlibat menjayakan program ini dan semoga setiap usaha ikhlas kita akan menghasilkan manfaat dan impak positif.

Advertisement

“Berdasarkan perancangan, Yapiem mensasarkan peruntukkan berjumlah RM 4 juta untuk melaksanakan Program Foodbank 1.0 di seluruh negara yang akan melibatkan peng

Aminolhuda ketika berucap

agihan bagi 2018 dan tahun 2020,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, perlaksanaan program ini turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi lain yang bernaung di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top