BM | EN | 中文

100 ORANG ANAK AHLI PPK KOTA TINGGI TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN

mazlan.jpg

KOTA TINGGI, 3 DIS : Seramai 100 orang anak ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi, di sini menerima bantuan sempena Program Back To School Tahun 2019, hari ini.

Kesemua penerima dari 17 unit PPK itu menerima baucer sebanyak RM150 untuk membeli kelengkapan persekolahan di Pasaraya Kini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman berkata, bantuan diberikan itu adalah sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu meringankan beban ahli peladang.

“Saya yakin ahli peladang amat memerlukan sumbangan bukan sahaja daripada LPP sahaja tetapi dari mana-mana syarikat atau pihak yang mahu memberi sumbangan untuk ringankan tanggungan ibu bapa dalam membuat persiapan sesi persekolahan 2020 yang tidak sampai sebulan lagi.

“Permulaan sesi persekolahan menjadi detik kegembiraan bagi anak-anak kerana dapat berpakaian baru tetapi menjadi situasi getir bagi ibu bapa yang memikirkan perbelanjaan seperti yuran dan kos-kos lain selain kelengkapan persekolahan.

“Sebagai ibu bapa akan rasa bersalah jika anak-anak memasuki sesi persekolah baru dengan berpakaian tahun lepas. Tidak mudah bagi ibu bapa menyediakan semuanya terutama bagi yang memiliki anak ramai,”katanya ketika berucap merasmikan majlis dianjurkan di Pejabat PPK Kota Tinggi itu.

Tambahnya, beliau sebagai seorang bapa pernah melalui situasi tersebut dan berdepan dengan emosi serta dilema untuk mencari wang bahkan pernah sehingga meminjam saudara mara demi untuk tidak menghampakan anak-anak.

Oleh demikian beliau telah mengambil inisiatif mewujudkan program tersebut selepas dilantik menjadi pengerusi LPP kerana memahami perasaan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah.

“Saya umum tahun lepas Program Back To School ini. Walaupun tahun lepas tidak banyak PPK yang buat di mana tidak lebih 40 PPK sebab kita tahu tidak semua PPK ada duit.

“Saya ambil tanggungjawab dengan memikirkan ahli peladang untuk meringankan beban ibu bapa. Bahkan tahun lepas bantuan diberikan sebanyak RM100 namun tahun ini dinaikkan kepada RM150.

“Saya harap ia cukup bagi membeli kelengkapan sekolah anak-anak,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top