BM | EN | 中文

10 orang termasuk OKU terselamat rumah terbakar

IMG-20200118-WA0005.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 18 JAN : 10 orang termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) terselamat selepas rumah didiami terbakar dalam kejadian di Felda Penggeli Timur, pagi, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan merupakan Ketua Balai berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.57 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dari BBP Kota Tinggi serta dibantu lapan anggota dan sebuah jentera dari balai bantuan BBP Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) didapati benar terdapat kebakaran rumah jenis sementara kekal.

“Kesan kebakaran telah memusnahkan 80 peratus dari keseluruhan rumah. Tindakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 400 kaki sumber air dari tangki pam jentera serta sumber air pili bomba jarak 200 kaki,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anggaran kerugian masih dalam siasatan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan pada 12.59 tengahari.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top