BM | EN | 中文

10 orang dari dua keluarga ditahan merusuh di PPR Kempas, Johor

kempas.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 MEI: Seramai 10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di Johor Bahru, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua 10 yang ditahan berumur antara 12 hingga 45 tahun dan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah peribadi.

“Rabu lepas, polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada 6.45 petang dan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

Advertisement

“Kesemua individu juga sudah dikenakan tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru hari ini.

Menurut beliau dengan tertangkapnya kesemua individu berkenaan, polis menganggap kes berkenaan sudah selesai.

Bernama

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top