BM | EN | 中文

10 MINIT TAHAN SAKIT TERSEPIT WARGA EMAS PATAH KAKI LORI TERBABAS

accident-6.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OKT : Seorang warga emas terpaksa menahan sakit selama 10 minit akibat tersepit selepas terlibat kemalangan di jalan berhadapan Pasar Smart Pandan Johor Bahru, di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Aziz berkata, mangsa peniaga berbangsa Cina berusia 69 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Puteri Wangsa, di sini.

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 12.33 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Advertisement

“Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi yang ditamatkan jam 1.03 pagi itu. Di mana kemalangan melibatkan sebuah lori Nissan Vannete satu tan yang dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tiang lampu.

“Mangsa difahamkan seorang peniaga buah-buahan baru selesai berniaga dan memandu sendiri kenderaan tersebut ketika kejadian berlaku.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit menggunakan peralatan pemotong hidraulik sebelum berjaya mengeluarkan mangsa,”katanya ketika dihubungi Johorkini, hari ini.

Advertisement

Warga emas berkenaan menerima rawatan awal dari anggota EMRS sebelum dibawa ke HSI.

Tambahnya, mangsa juga sempat menghubungi isterinya ketika dalam keadaan tersepit sebelum isterinya hadir ke lokasi kejadian.

Katanya lagi, susulan kemalangan itu mangsa telah mengalami patah kaki kanan dan telah menerima rawatan awal dari anggota EMRS.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) menggunakan kenderaan EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top