JOHOR BAHRU, 6 MAC: Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.
Turut berangkat, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.
Istiadat Pelantikan kesemua Exco Johor berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini hari ini.
Datuk Hasni Mohammad yang juga ADUN Benut mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-18 pada 28 Februari lalu.
Exco yang mengangkat sumpah ialah Datuk Samsol Bari Jamali (ADUN Semarang); Ayub Jamil (ADUN Rengit), Zaiton Ismail (ADUN Sungai Balang); Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Layang-Layang) dan R Vidyananthan (ADUN Kahang).
Mazlan Bujang (ADUN Puteri Wangsa), Mohd Solihan Badri (ADUN Tenang); Tosrin Jarvanthi (ADUN Bukit Permai), Mohd Izhar Ahmad (ADUN Larkin) dan Dr Chong Fat Full (ADUN Pemanis).
JohorKini