KLUANG, 12 NOV : Sekurang-kurangnya 10 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam Sungai Berumbung Simpang Renggam, di sini mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Zaiful Zainon berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 5.42 petang.
Katanya, susulan itu, seramai enam anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik sampai didapati benar terdapat sebatang pokok mempelam setinggi kira-kira 30 kaki telah tumbang dan menghempap tanah perkuburan.
“Kejadian itu menyebabkan 10 buah kubur telah rosak. Sebelum kejadian berlaku, dimaklumkan ketika itu hujan lebat berserta angin kuat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, dalam operasi itu pihak bomba menggunakan empat unit chainsaw untuk memotong pokok bagi kerja pembersihan.
JohorKini