BM | EN | 中文

1 MAUT 11 CEDERA KEMALANGAN BABIT EMPAT KENDERAAN

IMG-20191027-WA0000.jpg
Advertisement

MERSING, 27 OKT : Seorang maut manakala 11 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM 19 Jalan Endau – Mersing, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 12.50 tengahari itu melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Bezza, dua buah Toyota Vios, dan sebuah bas Maju Ekpress.

Kemalangan itu menyebabkan penumpang Perodua Bezza, Syarifah Norhamimie Syed Mohd, 40 meninggal dunia manakala dua lagi menaiki kenderaan sama mengalami cedera.

Advertisement

Turut cedera adalah empat mangsa dari Toyota Vios pertama, empat lagi termasuk bayi usia setahun dari Toyota Vios kedua dan seorang lelaki yang menaiki bas.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pemandu Perodua Bezza dalam perjalanan dari arah Terengganu menuju ke arah Johor Bahru.

“Ketika tiba di tempat kejadian, Perodua Bezza dipercayai telah berlanggar dengan Toyota Vios berwarna kelabu dari arah Mersing.

Advertisement

“Dalam masa yang sama sebuah lagi Toyota Vios warna kuning dari arah Mersing cuba mengelak tetapi turut berlanggar dengan Perodua Bezza tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, enjin Perodua Bezza telah tercabut dan terpelanting ke arah sebuah bas Maju Ekpress yang datang dari arah Endau menuju ke Mersing,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penumpang hadapan Perodua Bezza berasal dari Terengganu telah mendapat kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

Semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan telah dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan manakala mayat juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, dua buah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing dan Endau dengan kekuatan seramai 13 anggota diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Amir Hamzah Aris turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja menyelamat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top