BM | EN | 中文

1 mati 4 cedera dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi – Mersing

accident-18-01-scaled.jpg

Keadaan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN: Seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan Perodua Axia dan Honda CRV di Jalan Kota Tinggi – Mersing, berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Hutan Lipur Panti, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah Muhammad Hanif Omar, 23 yang menaiki kereta Perodua Axia.

Manakala, dua lagi mangsa yang menaiki kereta tersebut iaitu Muhammad Amirul Izhan Aminudin Baki, 23 dan Wan Mohamad Khairul Hairy Mohd Khairul Azlan, 23 juga cedera.

Advertisement

Turut tercedera dalam kemalangan itu membabitkan Mohamad Fariduddin Samsudin, 22 dan Robakyah Amzin, 52 yang menaiki kereta Honda CRV.

Menurut Komander Operasi, Mohd Nasrul Jalil, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.31 pagi, satu jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan Honda CRV.

Advertisement

“Terdapat seorang mangsa meninggal dunia dan dua lelaki cedera dalam Perodua Axia. Ketiga-tuga mangsa dikeluarkan anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nasrul berkata, dua mangsa yang cedera dalam Honda CRV telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum Bomba tiba

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top