BM | EN | 中文

1.67 juta penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Gambar Ehsan Mukhriz Hazim)

Advertisement

SHAH ALAM, 7 OGOS: Sebanyak 1.67 juta atau 35.1 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi perkongsian infografik di laman facebook beliau, Amirudin memaklumkan sebanyak 5.1 juta dos vaksin disuntik menerusi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau daripada jumlah itu sebanyak 3.44 juta atau 72.3 peratus penduduk sudah menerima dos pertama pelalian.

Advertisement

Manakala sebanyak 238,316 dos disuntik melalui program Vaksin Selangor (Selvax).

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kerajaan Selangor kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan Selvax Komuniti memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Advertisement

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top