BM | EN | 中文

1.4 juta pendaftaran vaksin tak sah, aplikasi MySejahtera perlu diperbaiki

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 17 MAC: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu memperbaiki aplikasi MySejahtera susulan 1.4 juta permohonan vaksinasi yang tidak dapat diproses.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata kekeliruan pada aplikasi MySejahtera itu adalah di bahagian pengisian penilaian kesihatan dan alamat.

Selain itu katanya, reka bentuk antara muka pendaftaran vaksin adalah mengelirukan.

Advertisement

“Oleh kerana peta Google menunjukkan lokasi telefon bimbit di bahagian bawah bar alamat secara automatik, ramai orang salah anggap bahawa sistem telah merekod alamat mereka dan mengabaikan pengisian alamat rumah.

“Oleh kerana paparan peta tidak dapat secara automatik menampilkan alamat dalam teks di bahagian alamat, itu benar-benar tidak perlu dan harus dihapus untuk mengelakkan kekeliruan,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, reka bentuk antara muka pendaftaran vaksin turut terdapat kecacatan.

Advertisement

“Memandangkan menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan alamat adalah syarat perlu, maka permohonan yang tidak mengisi kedua-dua ruangan ini harus ditetapkan sebagai tidak dapat dihantar (fail to submit/submission failure), agar tidak mengelirukan pendaftar,” katanya.

Tambahnya lagi, MySejahtera ketika ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan perlu memiliki versi pendaftaran vaksin dalam talian dalam bahasa Cina dan Tamil untuk mempercepat proses pendaftaran vaksin.

Selain itu, peringatan kepada kumpulan tersebut perlu dihantar menerusi mesej teks sistem pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Cina dan Tamil bagi mencapai kecekapan komunikasi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top